Friday 18 September 2015

JALAN-JALAN KE KOREA - PART 1


Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam perkenalan dan selamat datang ke my blog. ini first time i tulis blog tau...hope my blog ada peminat la...heee...Untuk blog yang pertama ini, i nak share tip dan pengalaman  ke Korea bulan april yang lalu...Nak kata fresh dari oven pun tak jugak...baru sekarang dapat publish, karangnya dah lama...huhuhu...ok la tak nak banyak merepek lagi, kita terus ke tip melancong. Sebelum nak melancong ke sesebuah negara, kita kena la rajin buat research...I memang suka buat research bab2 macam ini....i sanggup korban waktu tidur, semata2 nak buat research..time study dulu, tak ada pulak rajin buat research macam ni pun.

Research yang you all perlu buat:
1) Survey musim di sesebuah negara yang you all nak visit, macam Korea ada 4 musim:  
A)musim panas (summer)-Jun sehingga Ogos (sudah semestinya pelancong Malaysia tak kan pilih musim ini),
B)musim sejuk(winter)-Dis sehingga Feb (Kepada sesiapa yang nak main salji, sesuai  pergi musim ini. Tapi pastikan mental dan fizikal kena kuat. 
C)musim Bunga (spring) -Mac hingga Mei (sesiapa nak tengok bunga sakura, boleh la pergi masa musim ini..so i pilih untuk pergi time musim ini)
D)musim luruh-Sep hingga November (Orang cakap pemandangan Korea paling cantik pada musim ini).
Tepuk dada tanya hati, musim mana yang menjadi kegemaran anda.

2) Google tempat2 menarik di Korea...you all taip saja 10 best attraction in Korea...macam2 keluar...semuanya dihujung jari anda, janji you all rajin...selain tu you all boleh baca blog2 orang tentang Korea....you all taip saje tip bercuti ke Korea ke /melancong ke korea ke..apa2 pun boleh janji ada perkataan Korea..hihihi...actually blog2 mereka2 yang sudah sampai ke Korea ini yang banyak membantu i sampai ke KOrea...berterima kasih sangat pada mereka....so you all list kan tempat2 menarik yang you all betul2 nak pergi lepas itu, kalo boleh survey entrance fee bagi setiap tempat yang you all nak pergi..senang you all nak buat budget awal2...you all boleh try website Korea Tourism.

3)Flight, Hotel and Transportation - Orang cakap kena book tiket flight setahun awal kali nak dapat murah....actually i book flight tak ada la awal sangat pun, tak sampai setahun pun, lebih kurang 4 bulan sebelum pergi...itu pun tak murah mana pun...pergi balik seorang RM1100 (Airasia). Masa i book flight itu, Airasia tak ada promosi pun..Actually Airasia selalu juga buat promosi ke Seoul...Hari itu i tengok Airasia buat promosi ke Seoul pergi balik dalam rm600 lebih seorang,...murah sangat kot....so you all memang kena rajin buka website Airasia la...Dari segi transportation pula, you all tak perlu risau...Seoul ni terkenal dengan kemudahan keretapi seperti subway/metro dan lain-lain lagi dan sangat efisien....kalo di Malaysia, ada 2 atau 3 line train tapi kalau di Seoul ada 9-12 line....hampir semua tempat attraction,  subway akan lalu...setiap line subway ini akan dibeza berdasarkan warna dan kod.....janji you all kena pandai baca map subway dan tahu tempat attraction yang you all nak pergi tu dekat dengan station subway apa....macam mana dengan hotel pulak?? Jangan risau, hotel di sana tak ade la mahal sangat..tpulang pada budget you all...i suggest, you all pilih hotel yang berdekatan dengan subway.....senang nak bergerak kemana2....

4) Research restoran/kedai yang jual makanan halal di Seoul...nak dijadikan cerita dalam banyak2 perkara, i boleh lupa nak buat research pasal makanan halal di sana...sob sob sob...sampai Seoul baru terhegeh2 nak cari....yang lain bukan main beriya2 buat research...actually memang sangat susah nak cari kedai makan halal di Seoul....hanya di satu daerah saje yang ada banyak jual makanan halal iaitu di itaewon kerana banyak Muslim yang tinggal disana...makanan di Seoul mahal2 ye, you all.....kalo you all nak budget, you all bawak je makanan dari Malaysia banyak2 macam roti gardenia, maggi, tuna, sardin and macam2 lagi...di Seoul kita akan rasa cepat lapar sebab suhu sejuk dan banyak berjalan...

5) Jangan lupa persediaan yang lain seperti passport, ubat-ubatan, pakaian dan tukar duit...peringatan: sila bawa baju sejuk yang tebal, stokin kaki dan sarung tangan..suhu di korea memang sangat sejuk..tambah waktu malam..


Pada mulanya kami nak pergi Seoul pakai agen sebab senang...tak payah pening2 kepala...semua agen yang uruskan..kita just bayar je....kalo pergi dengan agen 5h4d (Seoul and nami= rm3500)....tapi last minute agen cakap group yang nak pergi Seoul itu ada problem...So lastly kami ke korea secara backpacker la........



..................................NANTIKAN SAMBUNGANNYA......................................